Istilah Antara Boss dan Pekerja.

April 17, 2009

 

Bila boss tetap pada pendapatnya,
itu bererti beliau konsisten.
Bila staff tetap pada pendapatnya,
itu bererti dia keras kepala !

Bila boss berubah-ubah pendapat,
itu bererti beliau fleksibel.
Bila staff berubah-ubah pendapat,
itu bererti dia plin-plan !

Bila boss bekerja lambat,
itu bererti beliau teliti.
Bila staff bekerja lambat
itu bererti dia tidak ‘perform’ !

Bila boss bekerja cepat,
itu bererti beliau ’smart’.
Bila staff bekerja cepat,
itu bererti dia terburu-buru !

Bila boss lambat memutuskan,
itu bererti beliau hati-hati.
Bila staff lambat memutuskan,
itu bererti dia ‘telmi’ !

Bila boss mengambil keputusan cepat,
itu bererti beliau berani mengambil keputusan.
Bila staff mengambil keputusan cepat,
itu bererti dia gegabah !

Bila boss terlalu berani ambil risiko,
itu bererti beliau risk-taking.
Bila staff terlalu berani ambil risiko,
itu bererti dia sembrono !

Bila boss tidak berani ambil r1siko,
itu bererti beliau ‘prudent’.
Bila staff tidak berani ambil risiko,
itu bererti dia tidak berjiwa bisnes !

Bila boss mem-by pass prosedur,
itu bererti beliau proaktif-inovatif.
Bila staff mem-by-pass prosedur,
itu bererti dia melanggar aturan !

Bila boss curiga terhadap vendor/supplier,
itu bererti beliau waspada.
Bila staff curiga terhadap vendor/supplier,
itu bererti dia negative thinking !

Bila boss menyatakan : " Sulit "
itu bererti beliau prediktif-antisipat if.
Bila staff menyatakan : " Sulit "
itu bererti dia pesimistik !

Bila boss menyatakan : " Mudah "
itu bererti beliau optimis.
Bila staff menyatakan : " Mudah "
itu bererti dia meremehkan masalah !

Bila boss sering keluar ofis,
itu bererti beliau rajin ke customer
Bila staff sering keluar ofis,
itu bererti dia sering mengular !

Bila boss sering entertainment,
itu bererti beliau rajin melobi customer.
Bila staff sering entertainment,
itu bererti dia suka enjoy sakan !

Bila boss tidak pernah entertainment,
itu bererti beliau berhemat.
Bila staff tidak pernah entertainment,
itu bererti dia tidak pandai me-lobby customer !

Bila boss sering tidak masuk,
itu bererti beliau penat kerana kerja keras.
Bila staff sering tidak masuk,
itu bererti dia pemalas !

Bila boss minta fasiliti,
itu bererti beliau menjaga imej syarikat.
Bila staff minta fasiliti,
itu bererti dia banyak menuntut !

Bila boss membuat tulisan seperti ini,
itu bererti beliau humoris.
Bila staff membuat tulisan seperti ini,
itu bererti dia :

* frustrasi
* iri hati terhadap karier orang lain
* negative thinking
* memprovokasi
* tidak tahan banting
* sakit hati
* berpolitik di pejabat
* tidak produktif
* tidak sesuai dengan budaya yang ada

Sumber: ISUHANGAT


Gambar Piramid.

April 11, 2009

4

Gambar di atas ni macam muka manusia…

Sumber: http://stranges-world.blogspot.com/


Berita Terkini

April 11, 2009

Dah lama aku tak update blog ni… Masih sibuk dengan tugas seharian… Ada masa nanti, aku update dengan beberapa links terkini untuk makluman semua. Jumpa lagi!


Penipuan Oleh Cheong Chan Wah!!!

September 10, 2008

Nampak gayanya, tertipu juga aku akhirnya…Lain kali, sebelum membeli sesuatu dari internet, kena berhati-hati dengan memeriksa terlebih dahulu latarbelakang penjual. Sila lihat pautan seperti di bawah:

http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=637117
http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=267131&hl=cheong
http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=643247
http://forum.lowyat.net/topic/504531
http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=256283&hl=chan

Dan aku ditipunya di sini:

http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=744460&hl=

Kepada kawan-kawan, ambillah iktibar daripada kejadian yang menimpa saya ini….Semoga semua selamat dan sehat selalu!!!!


Anime Bleach Terbaru Dan Laptop Terpakai!

November 8, 2007

Ya! baru release oleh Dattebayo FanSub. Klik saja pada URL di bawah:

 http://finalx.nl/db/[DB]_Bleach_147_[D995EABD].avi

Dan juga ada jual laptop IBM terpakai pada harga murah di link ini:

http://www.lelong.com.my/Auc/List/2007-11DeSale8788300_AUCTION_IBM_Laptor_cheap_cheap_sell_RM690_00.htm

Selamat mencuba!!!


Selamat Datang!!!

November 6, 2007

Selamat datang ke ramblie.wordpress.com. Di sini tersedia sedikit maklumat berkaitan fotografi, PDA, Anime dan lain-lain lagi. Saudara saudari sekalian juga boleh pergi ke laman yang saya sediakan melalui pautan di sebelah kanan. Datanglah selalu untuk mendapatkan maklumat yang terkini!!!